Social Icons

About Us

Sana-sini orang masih memperkatakan tentang isu makanan halal dan produk keluaran muslim dalam pasaran tempatan. Oleh itu, Akmal Food Industry Sdn Bhd yang merupakan syarikat milik anak watan bumiputera menyambut saranan kerajaan untuk menghasilkan lebih banyak produk-produk makanan tempatan yang halal lagi menyihatkan. Sekaligus memenuhi permintaan masyarakat yang mahukan lebih banyak pilihan produk muslim yang sedap dan bermutu tinggi.

Inspirasi produk di atas tiket jenama Akmal tercetus daripada makanan kegemaran seorang anak muda bekas graduan University of Leeds sewaktu beliau menuntut pelajaran di United Kingdom. Kebab sering menjadi pilihan makanan pelajar muslim di tanah Queen Elizabeth itu termasuklah anak muda ini.

Sekembalinya beliau ke Malaysia, anak kelahiran Kuala Selangor ini telah memformulasikan resepi dan mencipta satu produk baru iaitu Sate Kebab yang menggunakan inti ayam sebenar yang sesuai untuk dimakan oleh seluruh peringkat masyarakat.

Ketika mula-mula ditubuhkan pada tahun 2010, jenama Akmal Sate Kebab ini sudah bertapak di kebanyakan hypermarket terkenal di seluruh Malaysia.

Namun begitu, pada bulan Ogos 2014 syarikat Akmal Food Industry menyahut cabaran era baru dalam dunia perniagaan online demi meluaskan pemasaran. Satu gerak kerja baru telah dirangka dibawah payung Jamaiah Wealth Sdn Bhd untuk program pembangunan usahawan Akmal Food Industry . Matlamat program ini adalah membuka peluang niaga yang lebih luas dengan modal yang rendah dan kadar jualan berulang yang tinggi.


Image may contain: 3 people, people sitting and indoorStrategi ini meletakkan kepercayaan kepada Jamaiah Wealth Sdn Bhd untuk menguruskan sepenuhnya pemasaran dan kursus kursus pembangunan usahawan bagi memastikan seluruh jemaah mendapat pengisian ilmu bisnes yang boleh di gunakan untuk perkembangan perniagaan.

Terkini dengan 20 pemborong besar dan ratusan ejen pemasaran, jenama Akmal semakin dikenali dan semakin dicari sebagai satu peluang niaga yang kompetitif. 

Akmal Food Industry Sdn Bhd akan terus giat mencetuskan fenomena yang bakal membuka peluang-peluang perniagaan dan sedang mempersiapkan barisan produk-produk baru. Bersama Jamaiah Wealth Sdn Bhd, rangkaian pemasaran baru sedia ada akan melebarkan lagi sayap Jenama Akmal daripada pasaran domestik sehingga antarabangsa.




2 comments:

  1. Salam, saya berminat utk menjadi pemborong. Mohon pihak tua memberi panduan. Lokasi saya adalah di Port Dickson. T.kasih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berminat mendapatkan bimbingan peluang niaga Sate Kebab Akmal daripada tim pembangunan usahawan Jamaiah Wealth Sdn Bhd.

    Mohon Puan hubungi kami melalui whatsapp untuk penerangan lanjut:-
    ✅ Harga Pemborong & Minimum Order Quantity (MOQ)
    ✅ Panduan Niaga
    ✅ Pilihan niaga - pakej kiosk/freezer
    ✅ Q&A

    Whatsapp kami di 012-7610883.

    Terima kasih... 😊😊😊😊

    ReplyDelete

 
Blogger Templates